Kepada yg baru 1st time
menjejakkan kaki kat blog akudanlymphoma ni aku
ingin mengucapkan selamat datang!
Secara
ringkasnye biar aku citer sikit pasal blog aku ni sebab maybe ada antara
pembaca yg tak brape nak rajin utk baca dari mula blog ni d "tulis"..
Sebelum
tu biar aku intro diri aku dulu.. nama aku Sarah Saidin, melayu,
perempuan dan masih bujang! Hehe.. :p ..btw berdasarkan tajuk blog ni aku & lymphoma mestilah tentang diri
aku sendiri dan LYMPHOMA.
Lymphoma ni bukan nama org tau! Tapi nama penuh dia ialah hodgkin lymphoma. Comel je kan nama tu? Tapi hakikat sebenarnye dia ialah 1 penyakit yang
melibatkan darah iaitu Cancer Darah.
Aku start
di dianose penyakit ni pada penghujung thn 2009! Kali terakhir aku menjalani
chemoteraphy pada pertengahan tahun 2011. Kali terakhir aku menjejakkan kaki di
PPUM ialah
pada April 2011. Dalam tempoh tu mcm2 la procedure yg aku dah buat kt hospital
tu, keluar masuk keluar masuk sampai aku rasa ketika tu PPUM dah mcm rumah ke dua aku.
Dan alhamdulillah sehingga kini
aku masih sihat dan bernafas mcm korng semua.. amin!
.:SELAMAT MEMBACA:.
No comments:
Post a Comment