Tuesday, February 15, 2011

aku anak ponti

Hari ni check darah! Rupenye kekurangan darah la pulak.. Xde pulak aku rasa pening2. Morfin tetap masuk mcm biase. Doc suruh masukkan 2 pax darah. Tah darah sape la masuk badan aku hr ni. Tp darah mcm aku ni senang nk dpt, B+.. 


Pd sape2 yg rasa nk derma darah, sila datang ke BLOOD BANK PPUM utk derma ye sebab patient ramai dan darah tak berapa nk cukup. Jasa anda semua amatlah d hargai.. TQ!


Anda layak menderma sekiranya:
  1. Berumur 18 tahun ke atas
  2. Berat badan 45 kg dan ke atas
  3. Sihat tubuh badan
  • Sihat pada hari menderma
  • Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
  • Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
  • Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
  • Tidak mempunyai ahli keluarga yang mengidap Hepatitis B atau C

No comments:

Post a Comment