Wednesday, February 16, 2011

ada ape lg hr ni?

Tak pasal2 je aku kena mkn ubat STOP PERIOD pulak hari ni! Pd hal dah berhari2 aku period. Kerana aku period ke aku kena tambah darah smlm? Hurmmm, entah lar.. Tp mmg agak ajaib la, baru je mkn darah terus slow down.

Di sebabkan darah rendah pulak hr ni, maka start hari ni kena cucuk GRANOXIDE utk naikkan darah putih pulak. Ubat ni mmg mahal! 1 batang tu harga dia RM250. Kalau dah kena cucuk 4 dah RM1000!! Tapi semuanye terpulang pd keadaan darah putih ni jugak. Minimum kena cucuk 3 hari. Maximum, sehingga darah putih naik pd level yg d tetapkan doc.

Aku biase cucuk kt perut je sebab bg aku perut ada isi skit. Kalau cucuk kt lengan, rasa mcm nk cucuk tulang je sbb aku ni kurus sgt. Kalau kt umah, aku cucuk sendiri pun kt perut juge. Stiap kali abis kimo, mmg kena cucuk ubat naikkan darah putih ni. Kalau nk harapkan darah putih naik sendiri tah bile. Aku rasa aku pun dah boley jd nurse sbb dah pandai cucuk sndiri. Hehe..

No comments:

Post a Comment